Kelas e-Learning (Google Searching)

27 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Disember 2023, telah berlangsungnya kelas e-Learning Google Searching. Seramai 3 orang peserta yang menghadiri kelas ini. Peserta diajar cara untuk mengakses laman sesawang menggunkan enjin pencarian Google Chrome.

Kelas yang berlangsung sekitar jam 3.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit taklimat Advokasi berkenaan E-Waste dan juga taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali